Caj letak kereta di Kota Bharu mengikut peruntukan undang-undang - Utusan Malaysia

Caj letak kereta di Kota Bharu mengikut peruntukan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 24 Jan. – Semua caj yang dikenakan dibawah Pengurusan Sistem Letak Kereta Bermeter Elektronik WEB (Bahu Jalan) yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama syarikat, Vista Summerose (KB) Sdn. Bhd. pada pertengahan November lalu adalah mengikut peruntukan undang-undang.

MPKB
 

Yang Dipertuanya, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, malah tindakan penguatkuasaan sistem baharu tersebut masih lagi dikendalikan oleh penguatkuasa-penguatkuasa MPKB-BRI yang ditempatkan di bawah syarikat itu.

“Pengenaan bayaran pelepasan kunci tayar dan caj-caj tempat letak kereta sebagaimana yang diputuskan oleh MPKB-BRI dan masih lagi tertakluk kepada Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Kota Bharu) 2000 dan pindaan-pindaan yang berkaitan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bayaran pelepasan kunci tayar termasuk kompaun yang dikeluarkan adalah berjumlah RM110 walaupun dalam peruntukan di bawah perintah yang sama menetapkan MPKB-BRI boleh mengenakan bayaran tidak lebih daripada RM300,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pengenaan caj-caj bagi setiap kompaun yang dikeluarkan ialah bayaran dalam tempoh 14 hari sebanyak RM10; bayaran selepas 14 hari (RM30) dan bayaran selepas 28 hari adalah RM100.

“Justeru, warga kota diminta untuk mematuhi apa-apa peruntukan undang-undang yang ditetapkan bagi menjamin kesejahteraan warga kota sejagat,” katanya.

Sejak kebelakangan ini menular di laman sosial rasa tidak puas hati orang ramai berhubung tindakan tegas penguatkuasa-penguatkuasa pihak berkuasa tempatan itu terhadap kesalahan meletak kenderaan khususnya mengunci tayar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×