MUSIM tengkujuh memberikan banyak cabaran dan dugaan kepada masyarakat di Malaysia. Bagi pekebun kecil getah, musim tengkujuh akan melumpuhkan aktiviti ekonomi kerana air hujan akan merosakkan susu getah yang ditoreh. Justeru, mereka tidak dapat keluar menoreh sekali gus menjejaskan pendapatan harian. Pendapatan yang diperoleh sebelum musim tengkujuh tidak cukup untuk menampung keperluan dan perbelanjaan semasa musim tengkujuh ekoran kejatuhan harga komoditi tersebut di pasaran dunia. Sebahagian pekebun kecil getah akan beralih kepada aktiviti lain seperti menuai ubi atau memukat ikan air bah yang boleh membantu menjana pendapatan yang tidak seberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya