KUCHING 7 Jan. – Atlet bina badan negara, Buda Anchah, selaku ikon belia Sarawak, boleh menjadi sumber inspirasi kepada belia terutamanya ahli sukan, menerusi ceramah motivasinya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah. Uggah berkata berikutan beberapa pencapaian cemerlang di peringkat dunia dan Asia, Buda adalah pilihan tepat untuk memberi inspirasi kepada mereka agar terus maju dalam apa juga perkara yang diusahakan. Beliau berkata di pihak kerajaan Sarawak, usaha…










