MENITI usia emas, pelantun lagu Menghitung Hari, Salamiah Hassan masih mampu melaram dengan kasut tumit tinggi rona merah setinggi tiga inci. Tampil dengan gaya klasik mengenakan sepasang baju kurung palet hitam berserta perhiasan anting-anting sebagai pelengkap penampilan, penyanyi yang mesra disapa sebagai Mama itu kelihatan jauh lebih muda berbanding usianya. Menjengah usia 67 pada tahun ini, ibu kepada penyanyi genre jazz Atilia Haron itu, antara penyanyi veteran yang masih aktif mewarnai persada muzik tempatan. Kali terakhir tampil dengan persembahan berskala mega di Esplanade Singapura dua tahun lalu, Kosmo! mendapatkan Salamiah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya