LABUAN – Penemuan seekor buaya sepanjang kira-kira 1.8 meter oleh pemancing tempatan pagi ini menggemparkan pengunjung di lokasi perkelahan Pantai Mawilla di sini. Susulan penemuan reptilia itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Labuan akan memasang tanda amaran di Pantai Sawangan Cina, Membedai dan sekitarnya dalam masa terdekat sebagai amaran kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati di kawasan habitat buaya itu. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 7 pagi itu,…










