Bon Samurai: Malaysia lantik tiga bank - Utusan Malaysia

Bon Samurai: Malaysia lantik tiga bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Malaysia telah melantik sebanyak tiga bank untuk mengatur penjualan bon Samurai pertama negara ini yang boleh mengumpul kira-kira 200 bilion yen (RM7.4 bilion), menurut laporan Bloomberg.

Memetik sumber sekumpulan individu yang meminta untuk tidak didedahkan maklumat mereka, pengatur yang dipilih termasuk HSBC Holdings Plc, Mizuho Financial Group Inc. dan Nomura Holdings Inc.

“Terbitan bon itu dijangka dijual pada suku pertama dan maklumat penawaran masih boleh berubah,” katanya, di sini hari ini.

Bagaimanapun, wakil daripada Kementerian Kewangan, HSBC dan Mizuho tidak memberikan jawapan segera bagi mendapatkan kenyataan. Nomura pula enggan mengulas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×