KUALA NERUS – Sebanyak 45 pengusaha premis perniagaan termasuk pasar raya di Terengganu yang didapati mengabaikan prosedur keselamatan kebakaran telah diberi notis peringatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu sejak pertengahan bulan ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, antara kesalahan yang telah dikenalpasti ialah laluan keluar ke pintu kecemasan dihadang atau terlindung hingga dikhuatiri boleh menyekat pergerakan pantas orang ramai bagi menyelamatkan diri sekiranya berlaku…










