Bomba KL akan lebih tegas dalam penguatkuasaan - Utusan Malaysia

Bomba KL akan lebih tegas dalam penguatkuasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Jan. — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur akan lebih tegas dalam penguatkuasaan undang-undang dibawah Akta Bomba bermula tahun ini.

Susulan itu pihak bomba akan pertingkatkan pemeriksaan mengejut di lokasi tumpuan seperti pusat membeli belah dan hotel sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa depan.

Pengarahnya Nordin Pauzi berkata, kesemua 18 balai bomba di bawah kendalian JPBM KL telah diarahkan membuat pemeriksaan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti dalam usaha membendung kejadian kebakaran.

Katanya, aspek pemeriksaan yang diutamakan termasuk memastikan alat pemadam api, pintu rintangan api serta sistem pencahayaan semasa kecemasan berada dalam keadaan baik.

“Kami dapati ada pusat membeli belah yang mengabaikan aspek keselamatan kebakaran terutama ketika proses jualan murah diadakan.

“Denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara mengikut Akta Bomba boleh dikenakan terhadap pusat membeli belah atau premis yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Sempena Tahun Baharu Cina Tahun 2019 di Plaza Tol Sungai Besi di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN