Boleh letak gambar wajah pada beg sekolah kalau... - Utusan Malaysia

Boleh letak gambar wajah pada beg sekolah kalau…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jan. – “Jika kamu sebahagian daripada anggota kumpulan popular sebagai contoh zaman saya ialah NKOTB (New Kids On The Block).

Mohd. Shaid Rosli
Gambar Mohd. Shaid Rosli pada beg sekolah yang disumbangkan.

Itu yang dihantar Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh di Twitternya sambil mengulang kicauan laporan berita bertajuk ‘Tiada salahnya meletakkan muka saya pada beg sekolah, kata ADUN Jeram.’

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli daripada parti Bersatu berhadapan kecaman warganet apabila menyumbang beg sekolah yang mempunyai cetakan wajah beliau kepada murid-murid di sebuah sekolah jenis kebangsaan.

Mohd. Shaid sebelum ini dilaporkan berkata, tiada sebarang masalah jika gambarnya terpapar pada beg sekolah yang diberikan kepada murid sekolah di DUN terbabit.

Menurut Mohd. Shaid sebanyak 1,000 beg sekolah itu ditempah dari China dan ia sepatutnya menggunakan lakaran dan bukan gambar sebenar beliau.-UTSUAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×