CAMERON HIGHLANDS memang kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan perkara ini diakui oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Ibaratnya letak siapa sahaja pasti akan menang dan sebab itu jugalah pemimpin BN sering bercakaran setiap kali mahu memilih calon di kawasan tanah tinggi ini. Itu senario ketika BN masih lagi menjadi kerajaan dan keadaan itu berubah sedikit, walaupun masih berpeluang untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, tetapi…










