KUALA LUMPUR 27 Jan. – Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands semalam membuktikan kerjasama UMNO-Pas boleh membentuk satu blok politik baharu yang kuat untuk menyaingi Pakatan Harapan mendepani cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, walaupun kedua-dua parti itu mempunyai pertentangan dalam beberapa aspek namun telah menampakkan beberapa persamaan pada asas perjuangannya. Ahli Parlimen Pasir Salak menyifatkan hanya…










