AWANG betul-betul terganggu dengan tindakan individu-individu tertentu yang sentiasa sahaja menanti masa dan kesempatan untuk menghina pemimpin negara termasuklah institusi raja. Sudah acap kali ia berlaku, biarpun ada antara mereka sudah didakwa di mahkamah. Tetapi dalam kes terbaharu melibatkan penghinaan ke atas Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak harus dibiarkan. Walaupun individu terlibat sudah memohon maaf ‘atas keterlanjurannya’ tetapi ia bukan bermakna kes itu harus…










