AWANG sebenarnya sudah lama tahu bahawa rakyat semakin muak dengan apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan ketika ini. Sudahlah banyak janji ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak ditunaikan, ia diburukkan lagi dengan perbezaan pandangan antara menteri berhubung sesuatu isu. Oleh itu Awang amat bersetuju dan menyokong penuh kenyataan bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin yang menasihatkan sesetengah menteri Kabinet supaya tidak terus ‘bergaduh’ sesama sendiri secara terbuka…










