BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 12 JANUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 12 JANUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG teruja untuk mengikuti perkembangan 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands kerana percaya PRK kali kelima selepas pilihan raya umum (PRU) itu `bukan biasa-biasa’.

PRK itu kali pertama akan menyaksikan kemampuan dan cabaran sebenar Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerusi Barisan Nasional (BN).

Dalam senario politik semasa hari ini memang tidak dinafikan kebanyakannya bukan isu setempat yang menjadi keutamaan dalam kempen pilihan raya.

Apatah lagi dengan pengundi pun semakin bijak menilai keikhlasan parti-parti yang cuba memancing undi mereka.

Persoalan pastinya bersarang dalam fikiran mereka mengapa bila PRK mendatang, baru dilontarkan bermacam-macam janji untuk mengatasi masalah dihadapi penduduk Cameron Highlands.

Kenapa dalam tempoh lapan bulan sejak 9 Mei tahun lepas tidak kedengaran pun usaha Timbalan Pengerusi DAP Pahang yang juga calon PH, M. Manogaran sendiri untuk menyelesaikan isu tanah pertanian dihadapi pekebun sayur, tanah runtuh dan banjir kilat di pusat peranginan tanah tinggi itu?

Mengapa bila nak meraih undi, baru tunjukkan muka?

Awang percaya pengundi Cameron Highlands akan membuat pertimbangan bijaksana dalam memilih wakil rakyat baharu mereka. Ini terutama sekali Orang Asli yang merasakan mereka banyak terhutang budi kepada kerajaan terdahulu.

AWANG – Sentiasa patuhi janji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN