BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 10 JANUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 10 JANUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATU persatu Awang mengira kes-kes warganet melemparkan kata-kata nista dan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang berjaya dihambat oleh pihak berkuasa.

Sejak Ahad lalu, selepas Cisco ASEAN dan Pemandu Associates, giliran Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula mengambil tindakan terhadap pekerjanya yang mengeluarkan ungkapan menghina institusi diraja dan Agong.

Terbaharu semalam, sepasang suami isteri yang berperilaku serupa turut menerima padah apabila digantung kerja sementara oleh majikan masing-masing.

Syabas Awang ucapkan kepada pihak berkuasa yang pantas bertindak mengekang kenyataan berbaur kebencian dan menghasut terhadap keluarga diraja dan sistem monarki negara ini.

Di sebalik itu, Awang mencari sebab musababnya punca mengapa sebegitu mudah penghinaan ini dilemparkan.

Awang cukup percaya penerapan kepentingan Perlembagaan Persekutuan sebagai tunjang negara perlu dimulakan secara berperingkat bermula dari tahap prasekolah sehingga ke peringkat universiti melalui kaedah lebih interaktif.

Malah, satu modul khas berkaitan Perlembagaan Persekutuan perlu diperkenalkan di peringkat sekolah bagi memastikan pelajar memahami roh perlembagaan itu.

Apa yang berlaku hari ini membabitkan tangkapan warganet tidak beretika harus diambil iktibar.

Jangan biarkan perkara ini berlarutan. Kelak, padahnya akan bergelombang tanpa mampu dibendung.

AWANG – Sesekali toleh sejarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN