Bilik Guru Besar musnah terbakar - Utusan Malaysia

Bilik Guru Besar musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 15 Jan. – Sebuah bilik Guru Besar musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi dan memusnahkan perabot serta barangan elektronik serta peralatan pejabat.

Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keng Koon, Bukit Tambun di sini namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.30 pagi dan mendapati api sedang marak sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 7.30 pagi namun bilik guru besar hampir musnah keseluruhannya.

“Kerja-kerja memadam kebakaran turut dibantu pasukan bomba dan penyelamat simpanan terdekat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN