Biak jentik-jentik, restoran diarah tutup  - Utusan Malaysia

Biak jentik-jentik, restoran diarah tutup 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sebuah restoran yang menyajikan makanan tempatan di Seksyen 13 di sini diarahkan tutup selama 14 hari bermula hari ini selepas mengesan pembiakan jentik-jentik di dalam akuarium premis tersebut.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan berkata, kehadiran jentik-jentik tersebut membuktikan premis itu menjadi pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi penyebab demam denggi.

Katanya, Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menemui najis lipas di dalam kawasan stor di belakang restoran tersebut.

“Sebanyak empat buah premis restoran diarahkan ditutup selama 14 hari sejak dari awal tahun ini bagi tujuan pembersihan.

“Semestinya, kita amat serius berkaitan kebersihan ini terutama premis yang terlibat dalam penyediaan makanan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kebersihan Premis Makanan Di Sekitar Shah Alam di Seksyen 13 di sini hari ini.

Mohd. Rashidi menambah, dalam operasi tersebut juga sebanyak empat kompaun dan 12 notis peringatan telah dikeluarkan oleh jabatan kesihatan MBSA.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan berdasarkan rekod sebanyak 28 premis makanan telah ditutup sepanjang tahun lalu akibat kotor dan pelbagai aspek kesihatan lain hasil pemeriksaan terhadap 615 premis.

“Kita ingin mengingatkan pengusaha atau pemilik premis makanan sentiasa mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan terutama berkaitan kebersihan agar premis itu selesa untuk dikunjungi oleh orang ramai,” katanya. – K! ONLINE

jentik
Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang memantau kehadiran jentik-jentik di dalam sebuah akuarium yang berada dalam premis makanan semasa Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kebersihan Premis Makanan Di Sekitar Shah Alam di Seksyen 13 hari ini. Foto oleh Abdul Razak Idris
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×