BGB perketat kawalan sempadan - Utusan Malaysia

BGB perketat kawalan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 14 Jan. – Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) memperketat kawalan sejak Sabtu lalu berikutan terdapat kebimbangan berlakunya pencerobohan etnik Rohingya ke negara itu susulan kejadian pertembungan antara pasukan keselamatan Myanmar dan pemberontak Buddha di Rakhine.

Daily Star melaporkan, Pengarah Batalion BGB 2, Asaduzzaman Chowdhury memberitahu, pihaknya telah menggunakan kuasa tambahan untuk meronda sejauh 54 kilometer di sempadan Bangladesh – Myanmar kerana bimbang pencerobohan berlaku di Sungai Naf dan kawasan sempadan lain.

“Memancing dan aktiviti lain di Sungai Naf telah dihadkan dan BBG telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak berlakunya pencerobohan dan penyeludupan ‘yaba’,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN