Bertentangan dengan dasar kerajaan Persekutuan - Utusan Malaysia

Bertentangan dengan dasar kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Keputusan polis menahan tiga individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V di bawah Akta Hasutan 1948 adalah bertentangan dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan bersama, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Subang, Farhan Haziq Mohamed dan Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan Johan berkata, tindakan itu juga melanggar moratorium yang telah dikenakan.

“Kami menggesa supaya mereka dilepaskan dengan segera selain mencadangkan kepada pihak polis sekiranya perlu untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Tetapi selain daripada Akta Hasutan untuk menyiasat tiga individu berkenaan, walaupun kami tidak lihat keperluan untuk menahan mereka lebih daripada 24 jam,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata, polis menahan tiga individu untuk disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana didakwa membuat kenyataan berunsur menghina terhadap Sultan Muhammad V berkaitan peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Tiga individu berkenaan adalah Eric Liew Chee Ling, Azham Akhtar Abdullah dan Nur Alia Astaman yang ditahan semalam. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN