Bersatu Pusat ambil alih kepemimpinan Bersatu Perlis - Utusan Malaysia

Bersatu Pusat ambil alih kepemimpinan Bersatu Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan.- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pusat memutuskan untuk mengambil alih kepemimpinan parti itu di Perlis sehingga kemelut yang melanda Bersatu Perlis selesai.

MARZUKI YAHYA
MARZUKI

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, keputusan yang berkuat kuasa hari ini itu bertujuan bagi menyelesaikan kemelut tersebut mengikut saluran parti.

“Kita akan cari jalan penyelesaian dan buat sementara waktu Bersatu Perlis akan diambil alih oleh ibu pejabat kita berkuat kuasa hari ini.

“Maksudnya ibu pejabat ambil alih kepemimpinan negeri,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini, hari ini.

Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar dalam pada itu turut menggesa semua pihak agar berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×