‘Beri isyarat marah kepada PH’ - Utusan Malaysia

‘Beri isyarat marah kepada PH’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 24 Jan. – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands Sabtu ini penting dalam membawa mesej rakyat bahawa mereka tidak mahu lagi terus ditipu oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelbagai janji ditaburkan oleh PH sebelum ini bukan sahaja tidak ditunaikan malah mereka se­ring membangkitkan kemarahan rakyat dengan memainkan sentimen perkauman dan agama.

Menurut beliau, kerajaan hari ini mungkin baharu tetapi harapan yang ditawarkan mereka kepada rakyat adalah harapan palsu yang mana rakyat telah berulang kali ditipu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beri isyarat bersama dengan kemenangan BN di Cameron Highlands ini. Bantu kami untuk beri mesej kepada PH bahawa rakyat sebenarnya sedang marah kepada mereka.

“Rakyat tidak mahu lagi berterusan ditipu, orang muda dan peneroka Felda juga tidak mahu terus ditipu. PRK kali ini penting, beri undi kepada BN untuk beri isyarat bahawa rakyat tidak akan ditipu untuk selama-lamanya,” katanya.

MUHAMMAD KHALIL
MUHAMMAD KHALIL 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Pidato Pemuda UMNO-Pas yang turut dihadiri Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi di Tanah Rata di sini malam tadi.

Sementara itu, Muhammad Khalil dalam ucapannya berkata, PRK Cameron Highlands memberi gambaran politik akan datang bahawa pilihan raya seterusnya akan menjadi pertembungan antara dua parti atau dua gagasan politik di dalam negara.

Katanya, pertembungan politik akan datang bukan lagi berlaku secara tiga penjuru tetapi dua dengan permuafakatan Pas dan UMNO sebagai pembangkang.

“Pemain utama politik negara kita pada hari ini adalah PH yang memerintah kerajaan pusat dan juga muafakat pembangkang yang semakin hari semakin utuh dan membimbangkan PH yang dilihat semakin hari semakin retak.

“Apa yang berlaku dalam PRK Cameron Highlands ini menunjukkan kepada kita bagaimana muafakat politik di antara dua parti Melayu terbesar di dalam negara iaitu UMNO dan Pas boleh bersama dalam perkara berkaitan prinsip dan asas iaitu Islam, Melayu dan bumiputera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini