SEJAK berusia empat tahun, minat Leong Jun Hao, 20, terhadap sukan badminton mula timbul setelah kerap kali mengikuti ayahnya bermain badminton bersama rakan-rakan. Bakatnya semakin terserlah ketika anak kelahiran Kuala Lumpur itu berusia lapan tahun, apabila dipilih mewakili Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa, Setapak, Kuala Lumpur. Selepas kerap memenangi beberapa pertandingan peringkat sekolah, Jun Hao mula diserap menyertai pasukan Kuala Lumpur pada Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ketika berusia…









