SEREMBAN 16 Jan. – Masih belum ada sebarang permohonan daripada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang keluar daripada parti itu bulan lalu untuk menyertai semula. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataan hari ini. “Setakat ini, saya secara peribadi belum dan tidak ada menerima apa-apa permohonan pun daripada mana-mana Ahli Parlimen UMNO yang telah keluar parti untuk…










