KUALA LUMPUR 31 Jan. – Seorang bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan merogol atlet wanita sukan tersebut, dua tahun lalu. Hakim Noradura Hamzah memutuskan demikian terhadap Huang Qiang, 37, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mewujudkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang diwakili peguam, Mohd. Hisham Md. Nen didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun…










