SHAH ALAM – Seorang bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) daerah ini maut selepas ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini, petang semalam. Dalam kejadian pukul 5 petang itu, M. Thiyahu, 30, yang merupakan operator kilang parah pada bahagian muka, kepala, tangan kanan dan kaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA).…










