SHAH ALAM 8 Jan. – Seorang operator kilang maut selepas ditetak dengan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, M. Thiyahu, 30, yang juga merupakan bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditetak di muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua belah kakinya. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya…










