PUTRAJAYA 4 Jan.- Sebanyak 961 bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan sahaja mendapat peluang penempatan kerja, tetapi juga pampasan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM23 juta sebagai pampasan kepada semua kakitangan terlibat. Katanya, hanya 20 peratus daripada kesemua bekas pekerja masih belum mendapat pekerjaan dan kerajaan masih mencari ruang penempatan serta masalah itu dijangka selesai akhir bulan ini. “Kita berusaha untuk menyelesaikannya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya