Bekalan air di Kuala Lumpur pulih - Utusan Malaysia

Bekalan air di Kuala Lumpur pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di ibu negara telah pulih bermula hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan di sini hari ini.


“Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan pelanggannya bahawa bekalan air di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya telah pulih.


“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat atas kerjasama dan kesabaran ketika gangguan bekalan sementara tersebut,” katanya.


Gangguan yang bermula semalam melibatkan kawasan seperti Bukit Bintang, Imbi, Pudu, Bukit Ceylon, Jalan Sungai Besi, pusat bandar Kuala Lumpur, Bukit Damansara, Bangsar, Titiwangsa Sentral, Bukit Persekutuan, Kampung Attap, Taman Duta, Bukit Tunku, Kampung Baru, Taman SA, Brickfields, Kampung Datuk Keramat, Taman Tasik Perdana, Chow Kit dan Pekeliling. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN