Barca tempah laluan berliku - Utusan Malaysia

Barca tempah laluan berliku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLA 24 Jan. – Harapan Barcelona untuk menjulang trofi Copa del Rey buat kali kelima berturut-turut menjadi sukar apabila kalah 0-2 kepada Sevilla bagi aksi pertama suku akhir kejohanan tersebut.

Tindakan jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde meletakkan Lionel Messi dan Luis Suarez di bangku simpanan bagi memberi laluan kepada Kevin-Prince Boateng melakukan penampilan pertamanya bersama kelab tersebut nyata mengundang padah.

Begitu pun, pasukan tuan rumah terpaksa menanti hingga separuh masa kedua sebelum berjaya menembusi gawang lawan menerusi jaringan Pablo Sarabia dan Wissam Ben Yedder di

Stadium Ramon Sanchez Pizjuan sekali gus meletakkan kedudukan Barca dalam bahaya.

“Kami bermain dengan baik bagaimanapun di Barcelona macam-macam boleh berlaku. Mereka boleh mengubah keputusan perlawanan,” kata jurulatih Sevilla, Pablo Machin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN