Bapa rogol anak tiri, dipenjara 24 tahun dan disebat 20 kali - Utusan Malaysia

Bapa rogol anak tiri, dipenjara 24 tahun dan disebat 20 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang bapa tiri yang mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya hampir empat tahun lepas akan meringkuk di penjara selama 24 tahun dan disebat 20 kali.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid mengembalikan semula sabitan hukuman penjara 12 tahun dan 10 kali sebatan yang dijatuhi terhadap lelaki berusia 50 tahun itu oleh Mahkamah Sesyen Kota Bahru bagi setiap kesalahan, yang akan berjalan berturut-turut.

Beliau mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bahru yang  menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan bagi setiap pertuduhan yang akan berjalan serentak, bermakna lelaki itu hanya akan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun.

Hakim Umi Kalthum membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen.

Dua lagi hakim yang turut bersidang dalam panel itu ialah Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Steven Chung Hian Guan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN