KUALA LUMPUR – Kelicikan seorang lelaki yang juga bapa ayam dikenali ‘Jason Cock’ mengaut keuntungan ribuan ringgit sejak empat tahun lalu terbongkar selepas dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 November lalu.
Lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu yang berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti persundalan ditahan ketika dia dipercayai hendak keluar ke negara Indonesia bagi membawa masuk wanita untuk dijadikan pelacur di negara ini.
Kejayaan penahanan suspek susulan aduan seorang wanita yang menjadi mangsa pelacuran bagi melangsaikan hutang ah long selain risikan polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman diketuai Deputi Superintendan Syed Azam Syed Ibrahim.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










