Banjir: 23 penduduk Kampung Pertanian Garunono dipindahkan - Utusan Malaysia

Banjir: 23 penduduk Kampung Pertanian Garunono dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 15 Jan. – Seramai 23 mangsa banjir di Kampung Pertanian Garinono dekat sini dipindahkan susulan hujan lebat yang melanda kampung itu pagi tadi.


Menurut Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Andre Andrew, panggilan kecemasan diterima pukul 6.57 pagi dan pihaknya bertindak membawa keluar mangsa terbabit dan mereka ditempatkan sementara di Masjid Nurul Iman di kampung berkenaan.

“Dalam operasi pertama (pemindahan mangsa), 10 mangsa terdiri daripada lima lelaki, empat wanita dan seorang bayi perempuan berjaya dibawa keluar dari rumah mereka pukul 11 pagi.


“Dalam operasi kedua pula, 13 lagi mangsa terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita berjaya dibawa keluar pukul 11.19 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini.


Andre turut memberitahu berlaku satu tanah runtuh di Jalan Batu Sapi susulan hujan lebat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi dan operasi pembersihan jalan sedang dilakukan oleh syarikat konsesi Jabatan Kerja Raya. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×