Bangsal di Padang Besar dijadikan tempat bungkus, seludup ketum - Utusan Malaysia

Bangsal di Padang Besar dijadikan tempat bungkus, seludup ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM 1 Jan. – Perbuatan dua lelaki tempatan menjadikan sebuah bangsal di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, sebagai tempat pembungkusan dan penyeludupan daun ketum dipercayai ke negara sempadan, terbongkar setelah mereka diberkas pihak berkuasa pada 18 Disember lalu.

Dalam kejayaan yang diperoleh oleh Platun Tiger Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, sebanyak 1.2 tan daun berkenaan, berjaya dirampas daripada kedua-dua suspek berusia 30-an yang dianggarkan bernilai RM63,000.

Turut dirampas enam buah motosikal dan seunit alat penimbang yang dipercayai untuk kegunaan kegiatan tersebut.

Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Mohd. Shahar Ibrahim berkata, rampasan itu adalah antara kejayaan Batalion 2 sepanjang Op Wawasan selama sebulan yang dijalankan sejak 1 Disember lalu sehingga semalam.

“Dalam operasi sama juga, kita turut menangkap seramai 11 orang lelaki dan tiga wanita warga Myanmar yang cuba menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ini selain seorang tekong rakyat Thailand,” katanya dalam sidang akhbar di Markas PGA di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Shahar, kes rampasan daun ketum disiasat di bawah Akta Racun 1952 manakala tangkapan PATI l, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN