DENPASAR 19 Jan. – Bali bakal memperkenalkan cukai pelancongan sebanyak AS$10 (RM41.13) kepada pengunjung asing sebagai menampung perbelanjaan program-program melindungi alam sekitar dan kebudayaan negeri itu. The Jakarta Post melaporkan, Gabenor Bali, Wayan Koster memberitahu, kerajaan tempatan Bali kini sedang merangka undang-undang kecil bagi pelaksanaan cukai itu dalam masa terdekat. “Dengan pelaksanaan (cukai), saya yakin ia bakal memberikan kita ruang fiskal bagi menyokong pembangunan Bali,” katanya. -AGENSI










