Bahasa Melayu Marko pikat Kelantan - Utusan Malaysia

Bahasa Melayu Marko pikat Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 27 Jan. – Kebolehan Marko Kraljevic berbahasa Melayu menjadi antara faktor penyebab bekas penyerang Kelantan musim 1991-1994 dilantik sebagai pengendali The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi saingan Liga Perdana 2019.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, walaupun tidak begitu fasih kemampuan Kraljevic berbahsa Melayu akan memudahkan pengedali kelahiran Jerman itu untuk berkomunikasi dan memberikan arahan kepada pemain.

“Selain itu, kita turut mengambil kira rekod dan pengalaman luas yang dimiliki oleh Kraljevic dalam bidang kejurulatihan.

“Kita yakin dan percaya, Kraljevic mampu membawa nafas baharu untuk TRW dalam mengharungi saingan Liga Perdana musim ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain TRW 2019 di sini malam tadi.

Bibi Ramjani memberitahu, Kraljevic mengikat kontrak bersama Kelantan untuk tempoh dua tahun.

Katanya, beliau berharap Kraljevic mampu memberikan sentuhan terbaik untuk mengembalikan semula Kelantan ke saingan Liga Super 2020 nanti.

Dalam perkembangan lain, Bibi Ramjani berkata, penyerang kelahiran Uruguay, Raul Tarragona untuk membentuk gandingan bersama Mustafa Zazai.

Selain Zazai dan Tarragona, TRW turut diperkuat dengan tonggak import dari Brazil iaitu Flavio Beck Junior serta Cassio De Jesus.-UTUSAN ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×