LONDON 18 Jan. – Arsenal tidak boleh melakukan kesilapan atau kalah lagi apabila bertemu Chelsea dalam aksi tumpuan, hujung minggu ini di Stadium Emirates pada awal pagi Ahad. Selepas mencatat tiga kekalahan dalam enam perlawanan terbaharu mereka, skuad bimbingan Unai Emery itu tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan jika berhasrat untuk kembali ke kancah Liga Juara Juara Eropah, musim depan. Setelah ketinggalan enam mata di belakang Chelsea yang berada di…










