SHAH ALAM 6 Jan. – Pinjaman sudah diluluskan lima bulan lalu, tetapi sehingga sekarang dana yang dipohon belum disalurkan kepada peminjam tanpa sebarang penjelasan dan alasan munasabah. Itulah senario yang berlaku kepada peminjam skim mikrokredit Hijrah Selangor sebaik sahaja Pilihan Raya Umum Ke-14 melabuhkan tirai Mei lalu sehingga menimbulkan seribu satu persoalan apa sudah jadi pada skim tersebut. Khabar angin yang bertebaran dalam kalangan para peminjam ketika ini adalah Hijrah Selangor kekeringan modal tetapi jika itu keadaannya, ia mencetuskan lebih banyak persoalan kerana skim tersebut menerima suntikan kerajaan negeri. Bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya