Anugerah Nobel saintis AS ditarik balik - Utusan Malaysia

Anugerah Nobel saintis AS ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 14 Jan. – Hadiah Anugerah Nobel milik saintis Amerika Syarikat (AS), James Watson ditarik balik selepas berulang kali memberi komen berhubung perkauman dan kepintaran.

Lapor BBC, Watson dalam satu program televisyen menunjukkan rujukan yang mendakwa genetik memainkan peranan dalam ujian IQ antara manusia berkulit putih dan hitam.

Menurut institut Cold Spring Harbor Laboratory, kenyataan Watson itu disifatkan sebagai melulu dan tidak berasas.

Watson pernah membuat kenyataan serupa pada 2007 dan kemudiannya meminta maaf.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN