KEMASUKAN bekas pemimpin UMNO dan wujudnya pertelagahan dalaman di peringkat bahagian merupakan antara isu yang dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang melabuhkan tirainya semalam. Paling menarik perhatian ialah cadangan Naib Presidennya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam ucapan penangguhannya, agar ketua bahagian dan ketua cawangan parti diberi projek kerajaan. Alasannya, ketua-ketua perlu memperoleh lebih wang dan peluang bagi membolehkan mereka mempertahankan kemenangan parti dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang. Cadangan Abdul Rashid itu mendapat reaksi pelbagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya