Anwar harap Nik Nazmi terus berkhidmat

Anwar harap Nik Nazmi terus berkhidmat

ANWAR Ibrahim (tengah) ketika melawat reruai pameran selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Energy Asia di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Perdana Menteri menyatakan harapan agar  Nik Nazmi Nik Ahmad dapat meneruskan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memberikan masa dan peluang untuk Ahli Parlimen Setiawangsa itu berfikir untuk kekal memikul jawatab berkenaan.

“Saya selalu tunggu dan beri peluang, (masa) untuk berfikir dan kalau boleh teruskan (tanggungjawab). Masih ada masa lagi,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis Perasmian Energy Asia 2025 di sini hari ini.

Nik Nazmi sebelum ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam  berkuat kuasa 4 Julai ini.

Pengumuman itu kira-kira tiga jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN