BARU-BARU ini isu kenaikan harga menu hidangan restoran makanan segera popular, Kentucky Fried Chicken (KFC) hangat diperkatakan ramai khususnya melalui media-media sosial. Set hidangan di restoran tersebut didakwa naik dengan begitu mendadak tanpa pengumuman rasmi dan menjadi tular begitu pantas selepas seorang pelanggan meluahkan kekecewaannya di Facebook. Realitinya kita tidak boleh menahan daripada orang ramai memperkatakan mengenai perkembangan harga hidangan di KFC kerana restoran tersebut sememangnya begitu dekat di hati…










