BANGKOK 14 Jan. – Seorang anggota polis ditembak mati dalam satu serangan oleh sekumpulan lelaki bersenjata di balai polis Napradu, mukim Thung Phala, daerah Khok Pho, Narathiwat semalam.
Menurut Kapten Polis, Somchai Duangtud seperti dipetik oleh Bangkok Post sebagai berkata, serangan berkenaan berlaku pada pukul 12.35 tengah hari.
Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya enam orang penyerang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah balai polis terbabit.










