KOTA TINGGI – Seorang anggota bomba bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Gen2 di Jalan Desaru-Punggai, Pengerang di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Pegawai Bomba Bantuan Mohd. Syafiq Md. Yunos, 23, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dekat sini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong…










