Anak syarikat Gagasan Nadi Cergas terima LOA RM109.98 juta - Utusan Malaysia

Anak syarikat Gagasan Nadi Cergas terima LOA RM109.98 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Anak syarikat Gagasan Nadi Cergas Bhd., Nadi Cergas Sdn. Bhd. (NCSB) menerima surat anugerah (LOA) daripada Putrajaya Homes Sdn. Bhd. bagi kontrak bernilai RM109.98 juta.

Syarikat itu berkata, kontrak tersebut adalah bagi pembinaan pembangunan kediaman awam yang dicadangkan terdiri daripada dua blok pangsapuri 16 tingkat dan 17 tingkat (463 unit), tiga tingkat tempat letak kereta dan blok kemudahan awam di PT 4284 (zon 7C) serta kerja-kerja menaik taraf di sebahagian daripada kawasan hijau dan zon penampan Presint 11 Putrajaya.

“Kontrak tersebut adalah bagi tempoh selama 34 bulan dan dijangka selesai menjelang November 2021,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN