Anak pegawai kanan di SSM sedang disiasat SPRM - Utusan Malaysia

Anak pegawai kanan di SSM sedang disiasat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap anak kepada seorang pegawai kanan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana dipercayai terlibat dalam dakwaan skandal projek melibatkan SSM yang dianggarkan bernilai RM500 juta.

Penglibatan suspek berusia 20-an itu terbongkar selepas serbuan dilakukan SPRM di tiga syarikat dan di ibu pejabat SSM, Menara SSM, Jalan Stesen Sentral 5, di sini semalam.

Menurut sumber, satu daripada syarikat yang diserbu itu dikatakan mempunyai kaitan dengan anak pegawai kanan tersebut.

Ujarnya, anak pegawai kanan terbabit disyaki terlibat dengan rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit.

“Suspek dikatakan telah menjalankan kegiatan terbabit semenjak seorang ahli keluarganya memegang jawatan di SSM.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut masih dijalankan dan berkemungkinan suspek akan dipanggil dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Utusan Online, di sini malam tadi.

Pada 9 Januari lalu, SPRM telah merampas 69 kotak berisi dokumen perjanjian dipercayai melibatkan dakwaan skandal projek SSM yang dianggarkan bernilai RM500 juta di ibu pejabat SSM.

Kesemua dokumen tersebut dirampas bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa, ketirisan kontrak termasuk dakwaan rundingan terus yang diperkatakan sebelum ini, kerugian di pihak kerajaan dan penipuan kepada orang awam.

Susulan itu, dua kotak lagi mengandungi sebanyak 71 kotak dokumen turut dirampas SPRM pada Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN