Anak biawak dijumpai bawah meja makan - Utusan Malaysia

Anak biawak dijumpai bawah meja makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki yang ingin menikmati makan tengah hari terbantut apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor anak biawak sepanjang 44.5 sentimeter di bawah meja makan di dapur rumahnya di Taman Bayu Alam, di sini hari ini. 

Kehadiran biawak seberat 500 gram itu disedari pukul 12.15 tengah hari oleh lelaki terbabit yang berusia 20-an yang pada awalnya menyangka reptilia itu adalah ular. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Muhd. Ali Samad berkata, seramai tiga anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.18 tengahari. 

Katanya, menerusi maklumat awal diterima daripada lelaki terbabit menyatakan bahawa ular yang memasuki rumahnya. 

“Namun, pemeriksaan dilakukan mendapati adalah seekor anak biawak dan bukannya ular. 

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira satu minit bagi menangkap reptilia tersebut menggunakan alat penjerut khas sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN