Ambulans Udara London menamakan Putera William sebagai penaung kempen - Utusan Malaysia

Ambulans Udara London menamakan Putera William sebagai penaung kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 9 Jan.- Sempena ulang tahun ke-30, Ambulans Udara London menamakan Putera William sebagai penaung kempennya yang dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul sumbangan bagi menggerakkan bantuan kecemasan di negara itu.

Ketua Eksekutif London’s Air Ambulance Charity, Jonathan Jenkins berkata sokongan William akan memberi impak besar terhadap kerja-kerja kebajikan yang akan dilaksanakan.

“Menerusi sokongan beliau, kami ingin meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kerja-kerja menyelamat nyawa yang dilakukan pihak kami dan semua ambulans udara seluruh United Kingdom,” katanya.

William sebelum ini berkhidmat sebagai juruterbang kepada East Anglia Air Ambulance namun memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pada 2017 untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawab hakiki sebagai Duke of Cambridge sepenuh masa.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN