NEW YORK 8 Jan. – SYARIKAT e-dagang, Amazon.com Inc. (Amazon) mengatasi Microsoft Corp. untuk muncul sebagai syarikat tersenarai awam terbesar di dunia pada Isnin lalu. Menurut data Bloomberg, saham Amazon menokok 3.4 peratus menjadikan modal pasarannya sebanyak AS$797 bilion (RM3.28 trilion). Nilai itu berada di bawah paras tertinggi yang pernah direkodkan iaitu AS$1 trilion (RM4.11 trilion) pada September 2018, namun sudah cukup untuk mengatasi Microsoft yang merekodkan modal…










