Amal poligami, ejen hartanah berdepan hukuman penjara - Utusan Malaysia

Amal poligami, ejen hartanah berdepan hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 17 Jan. – Seorang lelaki Cina berdepan hukuman penjara dua tahun kerana mengamalkan poligami selepas berkahwin dengan tiga wanita berbeza dalam tempoh tiga tahun.

Oddity Central melaporkan, lelaki yang dikenali sebagai Zhang, 36, berdepan hukumaan tersebut kerana mengeksploitasi kelemahan sistem untuk mengahwini tiga wanita tersebut.

Lelaki itu dilaporkan berkahwin dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Ren di Kunshan pada 2015 dan melangsungkan perkahwinan kedua di wilayah Henan, setahun kemudian.

Pada 2017, Zhang berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari Anhui dan dilaporkan dia mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak dengan ketiga-tiga isterinya.

Dia tidak mempunya masalah untuk menanggung tiga keluarga berbeza kerana industri hartanah kini sedang berkembang pesat di negara ini,

Bagaimanapun perjalanan berulang-alik ke tiga buah rumah sehingga 10 kali seminggu, agak memenatkan maka Zhang membeli tiga pangsapuri untuk ketiga-tiga isterinya yang jaraknya hanya satu kilometer demi memudahkan dirinya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN