'Allahuakbar' dilaung semasa pemasyhuran Sultan Pahang esok - Utusan Malaysia

‘Allahuakbar’ dilaung semasa pemasyhuran Sultan Pahang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 14 Jan. – Laungan takbir ‘Allahuakbar’ sebanyak tiga kali sebelum ‘Daulat Tuanku’ merupakan elemen baharu yang dimasukkan dalam istiadat pemasyhuran Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini esok.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bertitah, laungan takbir berkenaan dimasukkan dalam atur cara istiadat berkenaan atas permintaan Sultan Abdullah sendiri.

“Pemasyhuran sebelum ini kira-kira 40 tahun lalu. Laungan ‘Daulat Tuanku’ itu menjadi adat tetapi selalunya pemasyhuran berkenaan berlaku dalam kemangkatan.

“(Pemasyhuran) ini yang luar biasa, jadi kita readjust sedikit sebanyak,” titah baginda selepas menghadiri acara raptai pemasyuran berkenaan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN